Salam dan selamat sejahtera kpd semua pembaca blog ini. Saya akan sentiasa doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat.
Hari ini sy nak tunjuk ciri-ciri bandingan antara " Emas VS Wang Kertas ".
Tahun 2010
- Harga 1 dinar emas ( bersamaan 4.25g emas 22k) lebih kurang RM600.00 mengikut
Tahun 2012
- Harga 1 dinar emas ( bersamaan 4.25g emas 22k) lebih kurang RM740.00 mengikut
Jadi bandingan ini kita dapat lihat dinar dan kambing tidak memberikan perubahan nilai bagi
perbezaan 2 tahun ini. Manakala RM pula nilai makin meningkat. Ringkasan beza nilai
Emas VS Wang Kertas seperti di bawah :-
Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe). Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.
Satu lagi kalau kita perasan jika anda ada membuat pinjaman peribadi untuk tempoh yang lama seperti 20 tahun. Nilai bayaran semula anda hampir 1 kali ganda dari nilai asal pinjaman. Ini kerana pihak bank sudah menjangkakan susutan nilai matawang dalam jangka masa 20 tahun akan datang.
"
Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai
Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran
Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan
Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas
Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran,
Sedangkan Emas dan Perak Tidak " - Ibnu Khaldun -


No comments:
Post a Comment